"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pemilihan Zahid tanda Umno tidak mahu berubah

Faiz Zainudin
KUALA LUMPU: Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden ketujuh Umno menunjukkan akar umbi parti itu tidak mahu berubah.

Katanya usaha untuk meraih kembali kepercayaan rakyat supaya menyokong Umno juga dilihat sukar kerana masih mengekalkan orang lama dalam parti.

“Hasilnya menunjukkan Umno tidak mahu berubah, bahkan tidak dapat diperbaiki,” katakan kepada FMT.

Beliau mengulas mengenai kemenangan Zahid selaku presiden Umno yang memperoleh 93 undi bahagian pada pemilihan kali ini, mengalahkan Khairy Jamaluddin yang mendapat 53 undi dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah 28 undi.

Perwakilan daripada 191 Bahagian Umno di seluruh negara mengundi dalam pemilihan kali ini.

Ini merupakan kekalahan kedua Razaleigh dalam usaha merebut jawatan presiden Umno, selepas kalah tipis 43 undi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan parti 1987.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, bekas menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan sebagai pemenang apabila jauh meninggalkan pencabarnya Tan Sri Annuar Musa dengan mendapat 110 undi.

“Ahli Umno masih mengikut apa yang pemimpin mereka mahu, termasuk ketua Bahagian Umno memberitahu mereka siapa yang harus dipilih,” tambah Kamarul.

Kamarul berkata kemenangan Zahid juga merupakan berita baik kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berhadapan Umno pada pilihan raya akan datang, iaitu merujuk kepada kelemahan kepimpinan parti itu yang dapat dibaca pihak kerajaan.

“Berita baik untuk PH,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis keputusan penuh rasmi bagi pemilihan semua jawatan di peringkat pusat dan Bahagian Umno belum diumumkan.

Setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor lewat malam semalam berkata, keputusan penuh pemilihan Umno akan diumumkan pagi ini.

Tiada ulasan: