"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

13 menteri baru angkat sumpah hari ini (Gambar)

Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Anggota Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa antara 13 menteri baru yang mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini.

Syed Saddiq, 26 tahun, dilantik sebagai menteri belia dan sukan manakala Mujahid, 53 tahun, sebagai menteri di jabatan perdana menteri (agama).

Di kalangan 13 yang mengangkat sumpah, anggota parlimen PKR adalah teramai dengan empat menteri, manakala BERSATU, AMANAH dan DAP masing-masing dua menteri.

Menteri baru dari PKR adalah Datuk Saifuddin Abdullah (luar negeri), Datuk Saifuddin Nasution Ismail (perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna), Dr Xavier Jayakumar (air, tanah dan sumber asli) dan Baru Bian (kerja raya).

Baru Bian merupakan satu-satunya menteri dari Sarawak manakala Sabah diperuntukkan tiga kementerian.

Mereka adalah Liew Vui Keong (WARISAN) yang dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri (undang-undang), Darell Leiking (perdagangan antarabangsa dan industri) dan Mohamed Din Ketapi (pelancongan, seni dan budaya).

Anggota parlimen DAP yang mengangkat sumpah hari ini ialah Teresa Kok sebagai menteri industri utama dan Yeoh Bee Yin sebagai menteri tenaga, teknologi, sains, perubahan iklim dan alam sekitar.

Selain Mujahid, anggota parlimen AMANAH yang mengangkat sumpah adalah Khalid Samad sebagai menteri wilayah.

Antara pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) yang tidak tersenarai adalah Ketua Pemuda HARAPAN Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Tiada ulasan: