"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

SPRM minta pemilik akaun dibeku pulangkan dana 1MDB

Alyaa Alhadjri 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta mana-mana pemilik akaun yang dibekukan kerana berkaitan 1MDB supaya menyerahkan dana berkenaan kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Ketua pesuruhjayanya, Datuk Seri Shukri Abdull yang juga anggota pasukan tugas khas 1MDB, berkata, tiada notis dikeluarkan sebelum ini untuk membekukan akaun bank berkenaan bagi menunjukkan 'elemen kejutan'.

"Sebarang akaun yang kita syaki akan kita bekukan.

"Kita punyai bukti lengkap, bahawa wang yang masuk adalah dari wang 1MDB,"

"Tak perlu beri notis. Tugas Task Force 1MDB, bila kita dapati duit dari 1MDB, kalau kita beri notis, duit itu akan dibawa lari, mana elemen kejutan," katanya.

Shukri berkata demikian pada sidang akhbar di Petaling Jaya selepas pelancaran buku yang ditulis presiden Transparency-International Malaysia, Akhbar Satar.

Sehubungan itu beliau menggesa mana-mana individu atau pihak yang mendapati akaun mereka dibekukan supaya secara sukarela bertemu SPRM dan seterusnya mengembalikan dana berkenaan.
"Saya menyeru, pemilik datang dan minta pemilik wang ini serah kembali duit secara sukarela.

"Kalau tidak mahu serah, kita akan ambil tindakan undang-undang, duit ini duit rakyat, walaupun satu sen, Task Force berjanji untuk pulangkan," katanya.

Pasukan petugas 1MDB semalam mendedahkan sejumlah 408 akaun bank milik individu, parti politik dan NGO - dengan dana berjumlah RM1.1 bilion - dibekukan pada 26 Jun dan 29 Jun.

Tiada ulasan: