"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ha ha ha Zahid hamidi buat lawak kata pegawainya tersilap guna duit yayasan untuk bayar kad kredit

Zahid: Duit yayasan 'tersilap' guna untuk bayar kad kredit
Faisal Asyraf 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dana Yayasan Akal Budi memang ada digunakan untuk melunaskan bayaran kad kreditnya namun menegaskan ia berlaku kerana kesilapan pegawainya.

Menurut presiden Umno itu bilkad kredit terbabit diserahkan kepada pegawai berkenaan.

Bagaimanapun katanya berlaku kekeliruan sehingga bayaran berkenaan dibuat menggunakan duit yayasan tersebut.

"Walaupun niat dia bukan untuk melakukan penyelewengan, tetapi tatacara beliau tak betul.

"Saya (sepatutnya tetap) gunakan wang peribadi untuk bayar semua (hutang kad kredit) semua sekali," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri hadir untuk hari kedua ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.

Semalam beliau hadir untuk kali pertama dan menghabiskan masa hampir sembilan jam di bangunan agensi antirasuah berkenaan.

Tak tahu Najib diberkas

Berbeza dari hari ini, semalam Ahmad Zahid diminta memberi keterangan berhubung pertemuan didakwa berlaku antara beliau dengan keluarga bangsawan Arab Saudi yang mengaku memberikan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak.

Untuk rekod Najib ditahan oleh pegawai SPRM hari ini di rumahnya di Kuala Lumpur dan bakal menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah esok.

Ahmad Zahid juga dikehendaki memberi keterangan mengenai dakwaan beliau menggunakan dana sebuah yayasan untuk membayar tuntutan kad kreditnya.

Semalam Ahmad Zahid menjelaskan Yayasan Akal Budi itu ialah sebuah pertubuhan milik keluarga yang ditubuhkan untuk melaksanakan kerja-kerja amal.

Menurut Ahmad Zahid beliau sudah menjelaskan hal itu kepada SPRM hari ini serta menyerahkan sejumlah dokumen berkaitan.

"Saya juga sudah mengeluarkan wang sendiri untuk memulangkan wang yayasan yang digunakan itu pada 2016," katanya.

Ahmad Zahid tiba di Ibu Pejabat SPRM hampir jam 10 pagi dan keluar kira-kira jam 5.15 petang.

Mengenai isu Yayasan Akal Budi itu, Ahmad Zahid dituduh kononnya menyalahgunakan dana berjumlah kira-kira RM800,000 untuk melunaskan bayaran kad kredit beliau serta isterinya.

Kata Ahmad Zahid beliau berharap keterangan yang diberikan kepada SPRM dapat memberikan gambaran sebenar terhadap dirinya selepas menjadi presiden Umno.

Baca 'Ini kemenangan semua ahli Umno'

"Saya harap dengan penjelasan ini ia dapat merungkaikan persepsi yang amat negatif kepada saya, terutama selepas saya memenangi jawatan presiden umno," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai penangkapan Najib hari ini Ahmad Zahid berkata beliau tidak tahu mengenainya.

Namun anggota parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, semua pihak mesti menghormati kedaulatan undang-undang negara ini.

"Saya tak tahu Najib ditangkap (sebab) saya ada di dalam.

"Saya menghormati kedaulatan undang-undang dan saya yakin langkah itu dibua bagi menjelaskan kes berkenaan... bagi memberi pencerahan persepsi kepada orang awam.

"Sekarang pandangan orang awam memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi negatif (terhadap Najib)," katanya.

Tiada ulasan: