"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pemimpin AMANAH kini 9 dalam kabinet, 1 ketua menteri

DALIA ISMAIL
Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara yang berlansung pagi tadi, membariskan 9 pimpinan tertinggi AMANAH untuk menjawat jawatan menteri besar, menteri dan timbalan menteri.

Hari ini pimpinan AMANAH yang mengangkat sumpah terdiri daripada Ahli Parlimen Temerloh yang juga Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya

Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah.

Ahli Parlimen Lumut yang juga Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

Ahli Parlimen Sepang yang juga Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang).

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah termasuk tiga pimpinan AMANAH.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan, Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub dilantik Pertanian dan Pengarah Stategik AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad dilantik Menteri Kesihatan.

Manakala Pengerusi AMANAH Negeri Melaka Adly Zahari dilantik Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Pada PRU14 lalu, AMANAH telah bertanding 22 kerusi Parlimen yang mana 11 kerusi Parlimen berjaya dimenangi parti itu setelah dua tahun ditubuhkan dan menyertai gabungan dalam Pakatan Harapan untuk berhadapan dengan BN dan Pas.

Hari ini seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Istiadat itu yang berlangsung di Balairong Seri turut disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kesemua menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 27 Menteri dalam Kabinet Dr Mahathir termasuk 13 menteri terdahulu telah mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu dan 16 bagi jawatan Timbalan Menteri.

Istiadat yang bermula pada 11 pagi itu dimulakan dengan kumpulan pertama Jemaah menteri yang diketuai Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Tiada ulasan: