"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sepandai-pandai Jamal menyelinap akhirnya ditahan polis jua

Bekas calon ketua Pemuda Umno yang menjadi buruan polis akhirnya ditahan pihak berkuasa hari ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengesahkan polis Indonesia sudah mencekup Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Kata Muhyiddin beliau dimaklumkan mengenai penahanan itu oleh pihak berkuasa di negara jiran kira-kira jam 6.30 petang.

"Polis Diraja Malaysia sudah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang," katanya.

Jamal ialah tokoh yang terkenal dengan pelbagai aksi pegun yang dianggap di luar kotak pemikiran orang biasa.

Antaranya dia pernah bertuala semasa membuat bantahan terhadap kerajaan Selangor di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menjadi pusat pentadbiran negeri.

Bersama kumpulan Baju Merah Jamal juga pernah mengadakan demonstrasi di depan bangunan Malaysiakini.

Semasa di hospital Jamal didakwa di mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan namun menghilangkan diri semasa proses ikat jamin dilakukan.

Ketika itu Jamal berada di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Mahkamah kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Dalam pemilihan Umno 30 Jun lalu Jamal adalah salah seorang calon yang bertanding untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno.

Jamal mendapat dua undi. Untuk rekod Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara.

Sementara itu peguam Jamal, Imran Tamrin berkata dia belum dihubungi mengenai penahanan berkenaan.

"Saya mengambil maklum laporan berita, laporan di media sosial dan juga kenyataan Muhyiddin berhubung penahanan anak guam saya.

"Saya menunggu arahan lanjut," katanya kepada Malaysiakini.

Setakat jam 8.45 malam ini belum dapat dipastikan di mana lokasi sebenar Jamal diberkas.
-malaysiakini

Tiada ulasan: