"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ganti Annuar di Ketereh, Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin serba salah

Bernama

Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur malam ini. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, yang ditawarkan untuk bertanding kerusi Parlimen Ketereh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mengaku berada dalam keadaan serba salah untuk menerima tawaran tersebut.

Marzuani yang juga ketua Puteri Umno Ketereh berkata, ia kerana penyandang kerusi berkenaan Annuar Musa yang jua ketua Umno Ketereh adalah ketuanya di bahagian manakala Presiden Umno Ahmad Zahid adalah ketua partinya.

“Saya rasa sedikit tekanan kerana kita sedia maklum penyandang kerusi Parlimen Ketereh iaitu Tan Sri Annuar Musa merupakan ketua saya. Saya rasa serba salah untuk terima tawaran ini daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kerana dia juga ketua parti,” katanya.

Marzuani Ardila ketika dihubungi Bernama hari ini berkata beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur malam ini kerana masih berbincang dengan kepimpinan Umno bahagian Ketereh.

“Apa yang boleh saya katakan, saya masih lagi sedang memikirkan keputusan ini kerana saya setia dengan Annuar dan hormat keputusan Ahmad Zahid,” katanya.

Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia terdahulu mengesahkan tawaran sebagai calon kerusi Parlimen Ketereh telah diberikan kepada Marzuani Ardila.

Pada PRU14, Annuar memenangi Parlimen Ketereh dengan majoriti 4,626 undi, menewaskan pencabarnya daripada PAS dan PKR.

Tiada ulasan: