FMT Reporters
PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15.
Pencalonannya diumumkan Timbalan Presiden Muda yang juga Pengarah Pilihan Rayanya, Amira Aisya di Johor malam ini.
Presiden Muda itu akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Helmy Abd Latif dan Perikatan Nasional, Abdullah Husin pada 19 Nov ini.
Syed Saddiq memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 6,953 undi.
Minggu lalu, parti itu mengumumkan tiga calon yang akan bertanding di kubu kuat BN, iaitu Danial Abd Majeed (Kepala Batas, Pulau Pinang), Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang, Selangor) dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai, Johor).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan