"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRU15: 12 penyandang dari BN tidak dicalonkan semula

Malaysiakini

PRU15 | Sekurang-kurangnya 12 penyandang kerusi parlimen dari BN yang tidak terpilih untuk menjadi calon buat parti berkenaan dalam PRU akan datang.

Seorang daripada mereka ialah Najib Razak (Pekan) yang kini dipenjarakan atas kesalahan jenayah, dan dua penyandang yang sudah menyatakan hasrat untuk bersara iaitu Idris Jusoh (Besut) dan Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas).

Sementara itu seorang penyandang - Khairy Jamaluddin - diberi kerusi baru, dari Rembau ke Sungai Buloh.

Tokoh lain yang tidak terpilih bertanding semula ialah Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Shahidan Kassim (Arau), Annuar Musa (Ketereh), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Ismail Abdul Muttalib ( Maran), Adham Baba (Tenggara) dan Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Seorang lagi tokoh berprofil tinggi yang tiada dalam senarai malam ini ialah bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia, Tajuddin Abdul Rahman

Senarai hampir lengkap calon BN itu dibacakan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur malam ini.

Ahmad Zahid tidak membacakan senarai calon BN untuk Sabah kerana gabungan itu akan mengumumkan sendiri tokoh yang terpilih bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kemudian.

Tiada ulasan: