Isabelle Leong
PRU15 | Pendakwah terkenal Mohd Kazim Elias yang dinamakan sebagai calon BN di kerusi parlimen Larut malam tadi, menarik diri daripada bertanding di kerusi berkenaan.
Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad memaklumkan perkara itu ketika mengumumkan barisan calon bagi kerusi DUN di Hotel Casuarina Meru, Ipoh hari ini.
Menurutnya, Mohd Kazim digantikan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.
“Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” katanya.
Malam tadi, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Kazim akan bertanding di Larut bagi mewakili gabungan itu.
Mohd Shafiq dijangka berdepan penyandang Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang memenangi kerusi itu pada 2018 di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).
BN Perak akan mempertaruhkan seramai 59 calon bagi semua kerusi DUN pada PRU15.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan