"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRU15: Shahidan tetap akan bertanding

Aizat Sharif

am@hmetro.com.my

Arau: Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan daripada pencalonan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding.

Shahidan berkata, tindakan berkenaan dilakukan selepas kelima-lima nama 'calon boleh menang' yang dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi.

"Saya akan bertanding disebabkan faktor 'calon boleh menang' maka disebabkan itulah saya akan terus bertanding.

"Bertanding atas tiket apa, saya akan tanya cawangan tetapi mereka lebih memilih parti yang bergerak ke arah Muafakat Nasional bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Datuk Seri Shahidan Kassim di Kubang Gajah, di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau gentar jika dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Umno selepas ini, Shahidan berkata, sudah menjangkakan tindakan disiplin termasuk dipecat dari parti selepas ini.

"Saya sudah menjangkakan kemungkinan itu dan ini bukan parti miliknya yang hanya tahu pecat orang sana sini.

"Apa pun saya tak akan keluar parti tetapi akan meneruskan bertanding atas dasar tiket 'calon boleh menang' seperti yang dikehendaki parti," katanya.

Parlimen Arau bakal ditandingi oleh bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan bekas Ketua Pemuda Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman atau cukup dikenali sebagai 'Tok Ben'.

Tiada ulasan: