Faisal Asyraf
Ibrahim Ali ialah presiden Putra yang juga sebahagian daripada Gerakan Tanah Air, iaitu gabungan tidak rasmi NGO, parti berasaskan Melayu dan individu.
BANGI: Ibrahim Ali, presiden parti Putra, menamakan dirinya sebagai calon perdana menteri ketiga Gerakan Tanah Air.
Ibrahim yang juga dikenali sebagai Tok Him berkata, beliaulah pilihan terbaik selepas Pengerusi GTA Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Mukhriz Mahathir.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Mahathir yang paling berkemampuan membaiki keadaan negara.
“Jika tidak Tun (Mahathir), ada Mukhriz. Selepas Mukhriz ada Ibrahim Ali.
“Tun pernah berkata, jika ada 10 Ibrahim Ali, Malaysia akan selamat,” katanya dalam ucapan ketika pengumuman calon pilihan raya GTA di sini.
Ibrahim turut menggambarkan dirinya memiliki personaliti baik selain rekod yang bersih.
Terdahulu hari ini, GTA mengumumkan meletakkan 121 calon untuk merebut kerusi Parlimen.
Ibrahim bakal bertanding di Rantau Panjang, manakala Mahathir dan Mukhriz masing-masing di Langkawi serta Jerlun.
GTA merangkumi Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Putra, dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan