"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelawaan Pas perkasa undang-undang syariah: Selepas ‘terhantuk ke dinding’…

Harapandaily

Timbalan Perdana Menteri menegaskan perbincangan antara Ahli Parlimen beragama Islam mengenai langkah memperkasakan undang-undang syariah boleh dilaksanakan tetapi tidak boleh dijadikan bahan politik.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembatalan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah merujuk peruntukan perundangan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Menurutnya yang juga Presiden Umno, keputusan Mahkamah Persekutuan itu tiada hubung kait dengan Mahkamah Syariah.

“Soal perbincangan boleh diadakan, tetapi kita mesti sama-sama menelaah mengenai soal penyatuan fikrah dan tidak jadikan politik sebagai garis utama.

“Selepas ‘terhantuk ke dinding’, baru menyebut mengenai mahu memanggil seluruh orang Islam untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu,” lapor BH.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian ketika mengadakan Kunjungan Kasih Sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang, Bagan Datuk hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengajak semua pihak, terutama Ahli Parlimen beragama Islam untuk bergabung demi memperjuangkan undang-undang syariah.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Tiada ulasan: