"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Enam Jahanam' akhirnya ditangkap polis

Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my
ANTARA berangan yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan Polis
ANTARA berangan yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan Polis
Port Dickson: Polis berjaya menangkap 'Enam Jahanam' penjenayah yang disyaki pecah cermin kereta dan curi barang dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pada 6 dan 7 Februari lalu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson menahan empat lelaki dan dua wanita di Melaka dan Kedah.

"Suspek yang ditangkap berumur 29 tahun hingga 37 tahun dan dua daripada suspek mempunyai 19 dan dua rekod jenayah lampau. Suspek kini masih dalam tahanan reman di Lokap Balai Polis Port Dickson.

"Hasil daripada penangkapan suspek, pihak Polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah cermin kereta di kawasan Telok Kemang, Port Dickson dan dua kes di Alor Gajah, Melaka sejak Disember 2023 sehingga Januari 2024," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, suspek menggunakan pemutar skru untuk memecahkan cermin serta mengumpil kereta orang awam yang berkunjung ke pantai.

"Kes disiasat mengikut Sek 379 Kanun Keseksaan dan jumlah keseluruhan kerugian lebih kurang RM70,000 melibatkan telefon bimbit, laptop, dokumen peribadi, kamera dan wang tunai," katanya.

Tiada ulasan: