"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki pandu kapal terbang balik kampung, elak ‘trafik jem’

KOSMO!
Wang dan anak perempuannya pulang ke kampung dengan menaiki pesawat sempena sambutan Tahun Baharu Cina. - Sanook
BEIJING – Seorang lelaki dan anak perempuannya tular di media sosial China selepas menaiki sebuah pesawat ringan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Laman berita Thaiger melaporkan, Wang yang merupakan seorang penduduk di wilayah Anhui, memilih pengangkutan udara berbanding menempuh perjalanan  panjang dan sesak di jalan raya.

Wang berkongsi klip video memaparkan perjalanan dia dan anaknya pulang ke kampung.

Menurut Wang, tempoh perjalanan lebih tiga jam menaiki kereta berjaya dikurangkan kepada 50 minit dengan menaiki pesawat tersebut. Dua beranak itu juga dapat menikmati pemandangan indah dari udara.

Selepas rakaman itu tular, pelbagai persoalan diutarakan orang ramai mengenai pemanduan pesawat tersebut terutamanya mengenai kaedah pendaratan di kawasan luar bandar tanpa landasan.

Wang yang merupakan seorang juruterbang berpengalaman berkata, tiada had umur untuk penumpang jadi kehadiran anak perempuannya adalah sah sepenuhnya.

Selain itu, terdapat kawasan yang luas untuk mendarat di kampung halamannya. – AGENSI

Tiada ulasan: