"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita dirakam bersama dua ‘suami’ di pelamin

KOSMO!
Tiga individu tersebut dirakam berada di pelamin. - TikTok
JAKARTA – Seorang wanita didakwa berkahwin dua selepas klip video memaparkan dia berada di pelamin bersama dua lelaki tular di media sosial Indonesia, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video memaparkan tiga individu lengkap memakai busana pengantin itu dimuat naik dalam akaun TikTok @mua_rahmawati. Netizen kemudian mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua suami.

Wolipop kemudian menghubungi pemilik akaun tersebut, Rahmawati yang menjadi jurusolek semasa majlis tersebut.

Menurut Rahmawati, kejadian berlaku di Jawa Timur pada 20 Januari lalu. 

“Saya ditempah menjadi jurusolek untuk majlis tersebut. Ketika sesi bergambar, tiba-tiba bapa saudara mempelai datang ke pelamin dengan memakai baju pengantin,” katanya. 

Jelas Rahmawati, bapa saudara pengantin mahu merakam gambar bersama anak saudaranya.

“Saya rakam video tersebut ketika bapa saudara pengantin datang sendirian. Kemudian isterinya datang juga dengan memakai baju pengantin. 

“Alasan bapa saudaranya berbuat sedemikian adalah kerana dia dan isterinya tidak mempunyai gambar kahwin. Jadi mereka ingin bergambar selepas majlis anak saudaranya,” katanya. – AGENSI 

Tiada ulasan: