Harapandaily
Seorang pelari dari Kenya, Kelvin Kiptum yang dianggap manusia paling laju di dunia maut dalam nahas jalan raya sekitar jam 11 malam (4 pagi waktu Malaysia).
Pemegang rekod dunia maraton berkenaan terkorban bersama jurulatihnya, Gervais Hakizimana.
Seorang lagi penumpang cedera dalam nahas di barat Kenya itu.
“Kenderaan dinaiki tiga orang, dua terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital.
“Dua mangsa yang terkorban adalah Kiptum dan jurulatihnya,” lapor AFP memetik Peter Mulinge.
Komander polis wilayah Elgeyo Marakwet, Kenya itu memberitahu kereta tersebut dalam perjalanan ke kota Eldoret di barat Kenya, apabila kemalangan berlaku.
Untuk rekod, Kiptum mati pada usia 24 tahun.
Pada Oktober tahun lalu, dia mencatat rekod dunia 2:00:35 di Maraton Chicago.
Pencapaian Kiptum iatu adalah 34 saat lebih pantas berbanding rekod terdahulu rakan senegaranya, Eliud Kipchoge.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan