"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita berbogel masuk tasik, ditemukan lemas

Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my
Anggota Unit Skuba JBPM Selangor membawa naik mayat wanita yang ditemukan lemas dalam Tasik Pandan Lake View pagi tadi. - Foto ihsan polis
Anggota Unit Skuba JBPM Selangor membawa naik mayat wanita yang ditemukan lemas dalam Tasik Pandan Lake View pagi tadi. - Foto ihsan polis
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemukan lemas dalam Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana, Ampang di sini, selepas kira-kira dua jam dilihat berjalan ke dalam tasik itu tanpa berpakaian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam yang melihat perbuatan wanita berkenaan, kira-kira jam 8.10 pagi.

Berikutan itu, katanya, perkara terbabit dimaklumkan kepada pihak bomba sebelum sepasukan anggota daripada Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Selepas melakukan pencarian selama dua jam, mangsa berjaya ditemui dan disahkan sudah meninggal dunia.

"Pemeriksaan tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri di lokasi, namun mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40-an dan dipercayai warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette-Guerin) di bahu kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian di hantar ke Bahagian Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Siasatan masih diteruskan dan kita minta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: