"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak maut ditimpa runtuhan dinding

FMT Reporters
Ketua Polis Baling Shamsudin Mamat berkata polis sudah merakam percakapan ibu bapa kanak-kanak terbabit dan kes disiasat mengikut 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas ditimpa runtuhan dinding yang sedang dalam binaan dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang Lalang Besah di Kuala Ketil, Kedah semalam.

Ketua Polis Baling Shamsudin Mamat berkata, kejadian pada jam 10.30 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa berada di dapur manakala bapanya bekerja di sebuah kilang berhampiran, lapor Harian Metro.

Katanya, kanak-kanak itu bersama seorang lagi adiknya dilaporkan bermain di satu kawasan dapur yang sedang dalam pembinaan yang dibina bapa mereka.

Shamsudin berkata, tidak lama kemudian, ibunya kemudian terdengar bunyi kuat di kawasan dapur sebelum mendapati mangsa dan adiknya ditimpa runtuhan batu bata dinding.

“Ibu mereka kemudian meminta bantuan daripada jiran untuk menghantar kedua-dua anaknya itu ke Klinik Kesihatan Tawar.

“Namun, sebaik tiba di klinik berkenaan, doktor mengesahkan salah seorang anaknya iaitu mangsa sudah meninggal dunia,” katanya yang menambah seorang lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Shamsudin berkata, mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis sudah merakam percakapan ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiada ulasan: