"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pempengaruh pro Pas ‘spin’ isu judi, zina

Harapandaily

LIYANA MARZUKI

Ada orang suka membaca. Ada orang suka mendengar.

Set-set yang tidak pajak otak akan dengar kedua-dua belah.

Jadi, di Tiktok sekarang ada beberapa influencer yang bercakap tentang kes Nik Elin. Dan saya suka dengar jua.

Tun Laila dan Reina Lum, memang peguam. Tiada hubungan dengan mana-mana parti. Contents mereka sentiasa pelbagai.

Tiada elemen kepartian. Dalam video Tiktok mereka bagi penjelasan jelas kepada kes tanpa pusing-pusing dan berproganda. Saya suka.

Ada satu lagi, TikTok yang ramai pengikut bagi pada saya. Tiktok ProIstiqamah.

Saya tidak tahu nama orang yang jadi jurucakap page. Tidak tahu peguam ke apa.

Tapi mereka mengaku mereka dari Jabatan Profesional di bawah Dewan Pemuda Pas.

Video dia fair mula-mula saya dengar. Kupas undang-undang dan tidak bersetuju dengan keputusan Nik Elin. Ok dah tu. Kita hormat pandangan.

Cuma bab dia bagi contoh mengenai judi dan zina, terus FAIL!

Contoh yang diberi tiada kena mengena. Bukan seksyen yang dibatalkan oleh mahkamah.

Seksyen mengenai judi dan zina itu masih sah di bawah Enakmen Kelantan. Kenapa pula di’spin’ sebegitu, saya tidak faham.

Rupanya dalam TikTok, banyak influencer pro Pas guna naratif yang sama.

Barulah kita nampak. Ini naratif ‘war room’ mereka kepada semua propagandis muda.

The art of propaganda ini, salah satunya ialah “if you cannot convince them, confuse them”. Itu yang berlaku.

Nak beza senang je, kalau anda dengar video, terang dan nyata. Tak berpusing-pusing dengan dalil dan segala benda, ok dah tu.

Tapi kalau lepas dengar makin keliru, anda dah masuk perangkaplah tu.

Lagi best, dengarlah dari horse’s mouth. Itu ada beberapa video dalam podcast Nik Elin x Jangan Pajak Otak.

Saya kasi promote episod 8 Musim Pertama, ada dalam Youtube dan Tiktok juga.

Mari kita buka minda. Dengar dan baca kedua-duanya.

Tiada ulasan: