"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warden asrama sekolah di Kelantan didakwa rogol, liwat pelajar

Harapandaily

Warden asrama sekolah menengah agama Muhammad Nursalam Hazeman 30, didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini terhadap lima pertuduhan merogol dan meliwat pelajar berusia 14 tahun, pada Julai dan Ogos.

Nursalam, 30 mengaku tidak bersalah dan telah minta dibicarakan di hadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun pada 3, 10, 17 dan 24 Julai di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat, 2.30 petang.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan disebat.

Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii pada 3 petang di lokasi sama pada 1 Ogos.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Mahkamah menetapkan 13 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada ulasan: