"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak curi kambing untuk beli rokok

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan budak itu menaiki sebuah skuter bersama anak kambing yang dicuri. - Instagram
JAKARTA  – Seorang kanak-kanak lelaki di Ponorogo, wilayah Jawa Timur ditahan selepas mencuri seekor anak kambing untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok, lapor saluran berita Radio Republik Indonesia semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di platform Instagram oleh akaun @ponorogo.update memaparkan budak itu melarikan diri dengan menaiki sebuah skuter.

Dia mengikat kaki anak kambing itu dengan tali sebelum melarikan haiwan itu. 

Ketua Polis Sampung, AKP Agus Suprianto berkata, suspek yang di masih bawah umur telah ditahan dan disoal siasat. 

“Suspek mencuri anak kambing untuk dijual. Hasil jualan itu akan digunakan untuk membeli rokok. 

“Bahkan, haiwan itu ditawarkan kepada seorang pembeli pada harga mencecah 1.2 juta rupiah (RM328.57),” tambah Agus. – AGENSI

Tiada ulasan: