"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita ini diburu SPRMuntuk bantu siasatan


 
BERNAMA
SPRM cari Nourish Alieya Antasha.
SPRM cari Nourish Alieya Antasha.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan wanita itu dikenali sebagai Nourish Alieya Antasha Abdullah, 23, yang alamat terakhirnya di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Hafiz Zainuddin di talian 03-88911156 atau 017-3693142 atau emel kepada hafiz.zainuddin@sprm.gov.my. – BERNAMA

Tiada ulasan: