"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Walaun mulut longkang: Insiden kibar bendera China, Razman mohon maaf kepada Nga

FMT Reporters

Pesuruhjaya PAS Perak mohon maaf tanpa apa-apa rizab bagi derita dan rasa malu kerana membuat dakwaan tanpa asas.
Razman Zakaria akui dakwaan mengaitkan Nga Kor Ming dengan insiden kibaran bendera China sebagai ‘tidak benar dan langsung tidak berasas’.
PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berhubung kekeliruan insiden kibaran bendera China di Menara Condong Teluk Intan, Oktober lalu.

Ketua pembangkang Perak itu mengakui kenyataan di Facebook PAS Perak bertajuk ‘siasat tindakan provokasi’ pada 25 Okt lalu, dibuat berdasarkan kekeliruan sumber maklumat berkaitan dua program berbeza.

Menurutnya, majlis itu membabitkan program pesta tanglung dirasmikan Nga pada 13 Sept dan sambutan Guan Gong Sedunia yang membabitkan insiden kibaran bendera China, pada 24 Okt.

“Setelah dibuat penelitian dari sumber maklumat ternyata Nga tidak berada dalam program perarakan yang mencetuskan kontroversi tersebut.

“Siaran media bertarikh 25 Okt tersebut telah ditarik balik bagi memenuhi syarat permohonan maaf yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Adun Gunong Semanggol itu mengakui dakwaan mengaitkan Nga dengan insiden kibaran bendera China sebagai “tidak benar dan langsung tidak berasas”.

“Saya meminta maaf tanpa apa-apa rizab kepada Nga untuk segala penderitaan dan rasa malu diakibatkan kepadanya disebabkan dakwaan-dakwaan itu,” katanya.

FMT sebelum ini melaporkan penafian pegawai Nga, bahawa naib pengerusi DAP itu hadir dalam program yang mana didakwa berlakunya peristiwa kibaran bendera China.

Menurutnya, kejadian itu sebenarnya berlaku pada sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung 24 Okt lalu, bukan semasa pesta tanglung seperti didakwa Razman.

Razman membuat dakwaan berdasarkan video tular di media sosial yang mendakwa ada sekumpulan peserta mengibarkan bendera China.

Tiada ulasan: