"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pinjam Mara hampir RM1 juta, rumah Che Ta diserbu

KOSMO!
Pihak peguam menyerahkan Writ penyitaan dan penjualan kepada Rozita Che Wan kerana gagal lunas pinjaman Mara hampir RM1 juta di kediamannya di Kota Damansara.- Foto SADDAM YUSOFF /KOSMO!
PETALING JAYA – Rumah pelakon sensasi, Rozita Che Wan atau Che Ta telah diserbu pihak Majlis Amanah Raya (Mara) pagi ini.

Serbuan dikhabarkan dilakukan oleh pihak Mara setelah pelakon tersebut tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.

Ketika serbuan dibuat pagi ini, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah di Kota Damansara.

Manakala salah seorang anak pelakon itu tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: