"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa buta sebelah mata berjalan kaki 14 hari cari anak

KOSMO!
LUNG LEK berjalan kaki untuk mencari anak sulungnya. - Foto Matichon
BANGKOK – Seorang warga emas dari Thailand yang buta sebelah mata, berazam untuk mencari anak lelakinya yang telah lama hilang dengan memulakan perjalanan selama 14 hari dari wilayah Nakhon Ratchasima ke Chon Buri, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Lung Lek Wongjaiya, 85, menempuh perjalanan sukar dengan hanya berjalan kaki dan menggunakan tongkat.

Dia didorong oleh harapan untuk bertemu semula dengan anak sulungnya yang tidak pernah dilihat selama hampir sedekad.

Perjalanan bermula selepas Lung Lek mengembara ke Nakhon Ratchasima untuk mencari anaknya sebelum mengetahui bahawa lelaki tersebut telah berpindah. 

Setelah menghabiskan wang sebanyak 2,000 baht (RM262) yang dibawanya untuk tambang teksi motosikal,  Lung Lek kini hanya berbaki 8 baht (RM1.04). Ia memaksa warga emas itu untuk berjalan kaki pulang ke kampung halamannya.

Berbekalkan hanya sepasang pakaian, Lung Lek terpaksa berehat di mana-mana sahaja, namun kebaikan orang ramai memberinya sokongan sepanjang perjalanan.

Menyedari nasib Lung Lek, seorang wartawan menawarkan bantuan dengan mendapatkan tiket bas untuk dia pulang ke Chon Buri.

Pemilik syarikat kenderaan awam itu turut memberikan tambang istimewa dan memastikan Lung Lek selamat sampai ke rumah.

Walaupun sudah pulang, pencarian untuk anak Lung Lek diteruskan, dengan beberapa agensi berkaitan dilaporkan bertindak untuk membantu mengesan lelaki tersebut. – AGENSI

Tiada ulasan: