Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bau busuk membongkarkan penemuan mayat disumbat dalam sebuah bagasi yang ditemui dalam longkang di sekitar Taman Cheras Perdana, di sini.
Difahamkan, bagasi berwarna biru berkenaan ditemukan dalam keadaan berkunci dan diikat menggunakan tali merah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu namun enggan mengulas lanjut.
Katanya, maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi kenyataan rasmi oleh Ketua Polis Daerah Kajang dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan