"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tembak mati 2 penjenayah aktif samun bersenjata

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua lelaki aktif dalam kegiatan samun bersenjata di sekitar daerah Muallim, Perak, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Perak Zulkafli Sariaat, berkata kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun paling dikehendaki kerana melakukan 20 kes samun berkumpulan dan 10 kes pecah rumah di kawasan Tanjung Malim, Behrang, dan Slim River, sejak 2023.

Katanya, dalam kejadian 5.20 pagi, dua suspek menaiki kereta jenis Proton Persona dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika pasukan menjalankan rondaan cegah jenayah Op Casa Muallim.

Zulkafli berkata, pasukan dari IPK Perak itu bertindak mengejar kereta suspek sejauh empat kilometer sebelum terbabas.

“Suspek pertama kemudian bertindak melepaskan dua das tembakan dan mengenai kenderaan polis di hadapan.

“Suspek kedua yang juga penumpang hadapan turut keluar dengan memegang sebilah parang panjang bertindak menyerang anggota polis menyebabkan pasukan melepaskan tiga das tembakan dalam usaha mempertahankan diri,” katanya menurut Sinar Harian pada sidang media di IPD Muallim.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menjumpai sepucuk pistol Sig Seuer, dua butir peluru 9mm dalam kelopak dan ‘chamber’, dua parang, dua sarung muka dan sarung tangan, dua plat nombor pendaftaran kenderaan, enam kelongsong peluru serta pemotong besi.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Tiada ulasan: