"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis kesan lelaki, wanita tular bergaduh di restoran

FMT Reporters

Polis berkata setakat ini tiada laporan diterima berhubung pergaduhan itu.
Tangkap layar video tular menunjukkan insiden pergaduhan di sebuah restoran di Stulang Baru, Johor Bahru.
PETALING JAYA: Polis mengenal pasti individu yang terlibat dalam satu insiden pergaduhan di sebuah restoran di Stulang Baru, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata pihaknya menerima sebuah video tular di media sosial berhubung kejadian pagi semalam.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada laporan diterima berhubung pergaduhan itu.

“Polis sedang mengenal pasti individu yang terbabit, saksi kejadian dan punca sebenar insiden itu.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan semalam, menurut Harian Metro.

Terdahulu, tular satu video di Facebook yang menunjukkan seorang lelaki dan wanita pada mulanya hanya bertengkar sebelum lelaki yang memakai baju t merah dilihat memukul belakang badan wanita terbabit.

Wanita itu kemudian membalas dengan cuba memukul lelaki itu menggunakan kerusi, dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu.

Wanita itu kemudian berlari ke arah kaunter kedai, manakala lelaki terbabit ditenangkan orang awam.

Pemilik kedai juga dilihat memadamkan lampu seketika bagi menenangkan keadaan.

Tiada ulasan: