"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gara-gara nak jadi ‘champion’ Najib, Takiyuddin teruk ditempelak PMX

Pembangkang teruk kena dengan PM gara-gara nak jadi ‘champion’ Najib

SITI NUR ZAWANI

Dewan Rakyat berlangsung agak tegang pagi ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kemarahan kepada pembangkang yang dianggap hipokrit kerana cuba menjadi juara dalam isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menempelak Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan mengatakan ahli Pas itu tidak memahami undang-undang dan sengaja mahu meraih politik murahan.

Beliau berkata, pembangkang hipokrit kerana dahulu berapi-api mengecam Datuk Seri Najib Razak “dari rambut sampai kaki”, tetapi sekarang sibuk mahu menjamin beliau.

“Peguam ni faham ke undang-undang. Apa undang-undang kata? Tak boleh (ulas), kalau saya pilih nak jawab, saya tak boleh nak jawab. Untuk menghormati mahkamah. Tak faham ke itu?

“Sengaja nak cari cheap political stunt, the hipocracy is suddenly nak jadi champion Datuk Seri Najib. Apa sudah berjaya jadi champion?

“Saya dengar ucapan dia berapi-api mengecam Datuk Seri Najib Habis-habisan dari rambut sampai kaki sekarang nak jadi hipokrit untuk menjamin,” selarnya di Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin mengapa kerajaan tidak mengiakan atau menafikan kewujudan Titah Adendum untuk Najib.

Takiyuddin ketika membangkitkan isu itu berkata kerajaan telah mendustakan titah Yang di-Pertuan Agong dan ia boleh dianggap “wrongful imprisonment” terhadap Najib.

Tiada ulasan: