"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN Pas kena pukau, dua jam dalam kereta tanpa sedar

Harapandaily

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak dari Pas, Sallehen Mukhyi memberitahu beliau telah dipukau oleh dua lelaki di simpang Taman Bendahara, Kuala Selangor jam 1 petang semalam.

Berkongsikan laporan polis di Facebook, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, dia mulanya ditahan dua individu berkenaan dan dalam masa sama kelihatan sebuah motosikal kelihatan terbaring.

Walau bagaimanapun, wakil rakyat Pas berkenaan tidak pasti kedua-dua lelaki terbabit kaum apa.

“Hati-hati semua. Semoga Allah melindungi dari perubatan (baca: perbuatan) jahat,” tulisnya di Facebook.

Menurut Sallehen, beliau berasa pening sejurus bersalaman dengan kedua-dua lelaki terbabit dan kemudiannya masuk kembali dalam kereta selama dua jam tanpa sedar.

Bekas Exco Agama Islam Selangor itu memberitahu beliau hanya menyedari wang tunai RM50 dalam dompet telah hilang.

Sebaliknya, menurut laporan polis itu, telefon dan laptop milik pemimpin Pas berusia 57 tahun berkenaan tidak hilang.

“Saya bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku semasa saya tidak sedarkan diri,” kata Sallehen dalam laporan kepada pihak polis.

Tiada ulasan: