Poliana Ronnie Sidom
SANDAKAN: Sebuah video memaparkan sekumpulan lima lelaki berzikir dalam keadaan pelik di kawasan tanah perkuburan di sini, tular sejak semalam.
Kejadian terbabit dipercayai berlaku di tanah perkuburan di Kampung Lupak Meluas, di sini, dengan video dipercayai dirakam penduduk yang menyedari kegiatan itu berlaku pada tengah malam Ahad lalu.
Menerusi video tular, kelima-lima lelaki itu dilihat duduk di tepi kubur sambil berzikir, namun penduduk mendakwa tidak dapat memastikan dengan jelas lafaz atau bacaan yang disebut individu terbabit.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani ketika dihubungi berkata, pegawai JHEAINS sudah memanggil dan menyiasat pihak yang dipercayai melakukan aktiviti itu.
Katanya, hasil siasatan akan dikongsikan sebaik menerima laporan penuh daripada pegawai di lapangan berhubung perkara itu.
“Laporan penuh siasatan masih belum saya perolehi.
“Apa pun, pegawai saya sudah memanggil dan mengambil tindakan ke atas pihak terbabit,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan