"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki tempatan berusia 30an dibunuh dengan 12 tikaman

NUR SHARIEZA ISMAIL

NILAI – Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an maut selepas ditikam 12 kali dalam kejadian disyaki kes bunuh di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Damai Ria, Mantin, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.08 pagi selepas mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan forensik mendapati mangsa mengalami 12 kesan tikaman di pelbagai bahagian badan termasuk belakang kepala, dada hadapan, leher, siku serta belikat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an di lokasi kejadian pada pukul 5.17 petang hari yang sama.

Katanya, kedua-dua suspek yang juga rakan serumah mangsa kini telahpun direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 6 Januari depan bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan awal membawa kepada pembukaan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, ” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: