FMT Reporters
Mangsa berjalan berpegang tangan dengan bapanya sebelum terjatuh pada lubang di jambatan berkenaan.

Jambatan Victoria di Sungai Siput, Perak dilaporkan ditutup oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan.
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari di Jambatan Victoria, Enggor, di Sungai Siput, Perak semalam.
Ketua Polis Sungai Siput, Charan Ai Wan berkata mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 7.40 malam semalam di Hospital Kuala Kangsar, lapor Berita Harian.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa bersama bapanya berusia 42 tahun sedang berjalan berpegang tangan di atas jambatan bersejarah berkenaan sebelum terjatuh pada lubang di jambatan berkenaan.
Menurutnya, kanak-kanak itu terjatuh dari ketinggian lima meter di atas jalan berturap di bawah jambatan tersebut.
“Mangsa yang ketika itu masih hidup dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Menurutnya, keluarga mangsa berasal dari Kluang, Johor datang bercuti ke Kuala Kangsar.
Berita Harian turut melaporkan jambatan tersebut ditutup oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan