"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua maut, empat cedera bot berlanggar di Mersing

MASTURAH SURADI
PASUKAN penyelamat memindahkan mangsa bot berlanggar berhampiran Jeti Kastam Mersing, Mersing Kechil, Mersing, malam ini. Foto IHSAN BOMBA
MERSING – Dua maut manakala empat lagi cedera selepas terlibat kemalangan melibatkan dua buah bot yang berlanggar berhampiran Jeti Kastam Mersing, Mersing Kechil, sebentar tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan I Mohamed Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.04 malam sebelum bergegas ke lokasi bersama sembilan anggota.

​”Setibanya pasukan keluaran operasi di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah bot dengan enam mangsa.

​”Daripada jumlah tersebut, empat orang mangsa mengalami kecederaan, manakala dua orang mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

​Katanya mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan, manakala dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kes tersebut kini berada dalam tindakan siasatan pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: