"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohd Ali serah kepada lembaga disiplin

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan sama ada beliau bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang, lapor Utusan Online.

"Tu kena tanya Lembaga Disiplin Umno," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara di Melaka hari ini.

ali rustam and umnoMohd Ali berkata beliau juga tidak akan menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin Umno petang ini, lapor Utusan online.

''Saya akan ke Ipoh, Perak petang ini untuk majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) Umno," katanya

Mengulas jika beliau dikenakan tindakan digantung keahlian setahun atau tiga tahun, beliau berkata: "Perkara ini perlu ditanya ke Lembaga Disiplin Umno.

"Saya hormati Lembaga Disiplin Umno, tidak boleh cakap sebarangan, nanti jadi tak elok."

Sementara itu, hampir 100 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno datang memberi sokongan kepada beliau di kediaman rasminya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: