"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PPSMI pada era Mahathir masuk Umno

Ali Bukhari Amir  

Kehadiran semula Mahathir ke dalam Umno dalam keadaan Najib Razak masih 'berlumuran darah' akibat insiden kematian model Mongolia mengheret banyak kesan ke atas tanggapan umum. Antara yang menarik, kenyataan Tun Mahathir dulu, Anwar dipecat kerana kununnya Mahathir tak mahu negara ini diwariskan kepada insan yang buruk akhlaknya, telah pun terbatal.

Kecaman Mahathir ke atas Anwar dengan pelbagai tuduhan tidak perlu diulas lagi. Apa yang penting, Mahathir telah muncul semula ke dalam Umno ketika Najib menjadi presiden parti itu, sekali gus menjadi Perdana Menteri dalam keadaan Najib tidak bersih. Dan, Mahathir pun berdiam diri tidak berkata apa-apa pun atas isu tersebut.

Timbul persoalan baru. Bagaimanakah Mahathir boleh menerima Najib yang berselut lumpur noda dan dosa sedangkan beliau dahulu membuang Anwar, kononnya atas nawaitu sucinya; enggan menyerahkan parti dan mewariskan negara ini kepada orang yang buruk akhlaknya. Kita tunggu apa jawapan Mahathir berhubung hal ini.

Ada kemungkinan juga..Mahathir sengaja diamkan hal ini sebagai satu 'ugutan' ke atas Najib secara senyap. Kalau Najib kelihatan seperti mahu melawan dasar-dasar Mahathir dahulu, maka isu Altantuya, kes kapal selam akan melompat semula seperti mana isu jambatan bengkok tatkala Mahathir menyelar Abdullah dahulu. Apa-apa pun bukanlah hal ini yang kita perlu risaukan sangat. Jika Mahathir tidak membuang Najib, kuasa alam bolehlah menelan jasad Najib ke bawah tanah sebagai mana kuasa alam ini telah bertindak ke atas ayahnya Tun Abdul Razak dahulu di London pada 14 Januari, 1976.

Saya ingat tarikh ini kerana setahun sesudah Perdana Menteri kedua itu selamat dikebumikan, maka saya lahir setahun sesudah itu. Kalau kita masih mahu merincikan lagi kisah politik ini, maka nescaya tidak akan habis dibincangkan.

Biarlah kali ini kita teruskan berbicara mengenai suatu tajuk yang tak kalah pentingnya dengan kehadiran semula Tun Mahathir ke dalam Umno dan kesannya ke atas PPSMI ini.

Ketakutan ahli-ahli Umno dan 'keseganan' (dengan izin) aktivis Pekembar terhadap Mahathir ini masih dengan kuat serta eratnya. Tidak perlulah kita rincikan lagi betapa tingginya tahap keseganan mereka terhadap tokoh tersebut.

Najib 'membunuh' karier Muhyiddin secara bersih?
Najib mungkin ada beberapa sebab ketika menukarkan sepupunya Hishammuddin kepada Menteri Dalam Negeri dan membiarkan Muhyiddin Yassin terlonta-lonta sendirian memegang amanah sebagai Menteri Pelajaran itu.

Baik Najib dan sepupunya Hishammuddin, telah menangkap isyarat kuat daripada rakyat sejak berlangsungnya perhimpunan gergasi pada 7 Mac lalu di Istana Negara bagi memansuhkan PPSMI. Kedua-duanya sama-sama sedia maklum bahawa sesiapa pun yang pegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran pastinya berada dalam keadaan tegang.

Tidak mungkin Najib mahu sepupunya Hishammuddin cedera parah diserang mentornya, Mahathir dalam isu PPSMI ini. Kalau ada ura-ura dalam kalangan Umno sendiri yang mahu memansuhkan PPSMI selepas Mahathir masuk semula ke dalam Umno, maka orang yang pertama 'dikenakan tindakan' oleh Mahathir adalah Muhyiddin sendiri.

Baca selanjutnya:-http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020379&Itemid=60

Tiada ulasan: