"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terpulang pada akar umbi calonkan Ketua Pemuda PAS baru

Mohd Nor Yahya  

KUBANG KERIAN, 19 April (Hrkh) - Kini terpulang kepada akar umbi untuk membuat pilihan siapa yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat, demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub ketika ditemui di Mesyuarat PAS Kawasan Kubang Kerian bertempat di Sek. Men. Ugama Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.

Salahuddin juga berkata beliau tidak akan memberi garis panduan ciri-ciri yang perlu ada pada Ketua Pemuda kerana bimbang akan menjadi petunjuk terhadap siapa yang sepatutnya menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengisytiharkan pada 15.Febuari lalu tidak akan mempertahankan jawatan tersebut juga berkata dalam PAS tiada kumpulan atau bersikap berpuak-puak dan propaganda yang dimainkan oleh akhbar arus perdana amatlah tidak berasas.

"Setiap kali ada pertandingan dalam PAS, isu yang sama dimainkan oleh pihak tertentu, mereka menggambarkan seolah-olah ada kumpulan atau team, sedangkan kami hanyalah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ahli, kami bukannya seperti parti Umno yang sering dikaitkan dengan politik wang," ujar beliau.

Menyentuh mengenai pencalonan diri beliau sebagai Naib Presiden PAS pula, beliau berkata ia terpulang kepada kawasan dan beliau akan membuat keputusan setelah sampai masanya.

"Walaupun muktamar kali ini akan ada pemilihan, ia adalah perkara biasa dalam mana-mana pertubuhan dan PAS juga tidak ketinggalan dalam era pertandingan ini, namun ia adalah merupakan pemilihan yang sihat tanpa melibatkan politik wang ataupun melobi untuk dicalonkan," katanya lagi.

Tiada ulasan: