"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TV tak boleh sebut Razak Baginda


Dah TV pulak dah tak boleh sebut Razak Baginda. Malaysiakini 18 April melaporkan (sila klik imej di sebelah untuk besarkan):
Four private television stations have been ordered not to name political analyst Abdul Razak Baginda when reporting the Altantuya Shaarriibuu murder case.

Malaysiakini has learnt that the top management of Media Prima Berhad - the owner of the four TV stations - had issued a directive on the matter.

The media giant, which is believed to be linked to ruling party Umno, controls the country’s four free-to-air private TV stations - TV3, ntv7, 8TV and tv9.
Tu lah! Sebab tu la orang dok tanya tak renti-renti adakah Datuk Seri Najib Tun Razak hampa terkait dengan pembunuhan broker senjata dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu? Bila orang tanya lagu tu, hampa marah!

Bukan main lagi hampa bangkitkan petua ugama, tanya mana bukti, macam-macam lagilah. Awat yang tak ketahwan sangat?! Kalau ada bukti, nak buat apa tanya-tanya lagi. Terus siarkan bukti dalam blog ini.

Sebab tu la orang dok tanya, awat semacam sangat?! Hari tu, dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, tangkap peniaga jual topeng Altantuya. Ni dah haramkan TV sebut nama Razak Baginda pulak. Tu yang orang tertanya-tanya tu. Awat tak ketahwan sangat?!! Tak ketahwan darat dengan laut!

Sampai nak tanya pun tak boleh. Awat yang teruk sampai lagu tu? Kita tak tuduh apa pun. Kita tanya ja. Bila kita tanya, awat tak ambik tindakan undang terhadap akhbar Liberation yang tuduh macam-macam dan beberapa akhbar lain 
di sini, bukan main lagi menggelejat marah. Siap bagi warning dan tiba-tiba jadi mufti dan bercakap mengenai beberapa hukum Islam.

Dengaq ni. Aku kalau aku tak bersalah, kalau orang tuduh aku pembunuh Altantuya dalam Dewan Rakyat, aku akan lawan berjabu sampai yang tuduh aku tu tak sanggup dan tak berani langsung dah nak sebut nama Altantuya.

Kalau aku tak bersalah, satu Bukit Gantang malah satu Malaysia pakai topeng Altantuya pun aku tak ambik pot. Bukan takat tu ja, aku akan suruh lagi orang-orang buat topeng Altantuya banyak-banyak. Buat! Buat! Kurang-kurang pun kilang-kilang pengeluar topeng Altantuya dan para peniaga serta penjual ada business baru untuk membantu menjana ekonomi.

Berapa juta orang pun, berapa banyak stesen TV pun nak sebut nama siapa pun, lantak hampalah! Peduli apa aku, aku tak bersalah! Aku tak bunuh dan pernah arahkan bunuh atau letupkan mayat siapa-siapa.

Ni dok buat kelaku pelik tak ketahwan hala, lepas tu bila orang tanya, marah pulak! Ada ka burung tempua bersarang rendah tak pasai-pasai?

Apapun, semua itu pelajaran kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS. Kalau orang PAS buat salah, jangan bela. Jangan sama sekali mengamalkan 'asabiyyah. Saya petik hadith dari sumber mazhab Sunnah wal Jemaah mengenai 'asabiyyah:
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)

"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Banyak contoh 'asabiyyah dalam PAS - menolong kaummu atas kezaliman. Yang paling popular ialah tak boleh tegur langsung pemimpin PAS yang tak perform atau menyembunyikan buruk kelaku pemimpin PAS yang malas dan tak cerdik - masuk mesyuarat setakat bawa telinga ja. Otak dia entah tang mana dia tinggal. Tak pernah bawa otak masuk mesyuarat.

Siapa yang masuk mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setakat bawak telinga ja? Pi tanyalah Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sendiri. Kalau nak tolong PAS, buat kerjalah sikit!

Tak pa lah, saya bagi hint sikit. Dia mengaku sendiri yang dia selalu main telefon dengan Najib yang waktu Timbalan Perdana Menteri. Dia tak la sebut perkataan main telefon. Main telefon tu perkataan saya. Yang pasti masa tu, dia macam bangga sangat dok cerita dia selaku berhubung melalui telefon dengan Najib.

Berkaitan:

Tiada puak dalam PAS (
Sinar Harian 17/4/09)

Tiada ulasan: