"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tok Guru Haji Hadi tidak bertuah

Bernama melaporkan "Hadi sedia dicabar bagi jawatan Presiden PAS".

Hanya nak ulas sikit, ketika Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang dikasihi menjadi Presiden PAS, hampir tiap-tiap tahun Tok Guru Abdul Hadi Awang mendapat pencalonan sebagai Presiden PAS. Jumlahnya, bak kata Orang Putih, kira substantial numbers la jugak.

Ada la jugak saya dengar orang dok hasut Tok Guru Abdul Hadi cabar Ustaz Fadzil sebagai Presiden PAS. Tok Guru Abdul Hadi bukan sahaja tak cabar Ustaz Fadzil, malah dia marah orang cakap fasal nak cabar Ustaz Fadzil.

Ustaz Fadzil bertuah. Dia mempunyai Tok Guru Abdul Hadi sebagai timbalan yang berkesan. Tok Guru Abdul Hadi tidaklah bertuah seperti Ustaz Fadzil. Dia tak pernah merasa mempunyai timbalan yang berkesan. Itu saja la ulasannya.

Tiada ulasan: