"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO TIDAK BOLEH DIHARAP JAGA AGAMA

Ulama baru dalam kabinet Najib yang diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal yang berkaitan Islam telah gagal memelihara agama. Jamil Khair tidak boleh buat apa-apa untuk membantah kabinet yang memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. 

Kabinet Najib membuat keputusan tersebut berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang pengerusikan oleh Koh Tsu Koon dan dianggotai oleh Subramaniam, Jamil Khair dan Shahrizat Jalil. 

Persoalannya, mengapa perkara yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya yang melibatkan persoalan hukum dan hak memelihara agama diserahkan kepada orang bukan Islam sebagai pengerusinya?. Jamil Khair sebagai ahlinya pula tidak mampu memberi pandangan dan hujjah untuk menolak keputusan tersebut, mana wibawanya beliau sebagai seorang Menteri yang sebelum ini berkhidmat dalam Kagat begitu lama. Dalam Kagat beliau diberitakan cukup tegas dan keras dalam persoalan yang melibatkan agama, tetapi tidak sebagai seorang Menteri Islam. 

Keputusan itu sebenarnya cukup menghiris hati umat Islam dan sepatutnya mengundang kemarahan umat Islam kerana persoalan yang berkaitan dengan masa depan aqedah umat Islam telah diabaikan oleh pemerintah. Kewajipan pertama pemerintah dalam memelihara agama telah tidak ditunaikan oleh mereka, ada ulama dalam UMNO juga tidak boleh diharap apatah lagi Menteri-menteri Islam lain yang hanya menjaga kepentingan jawatan dan kedudukannya sahaja.

Kenyataan Nazri dalam isu ini bagi pihak kabinet juga menunjukkan kedangkalan dan kejahilannya dalam perkara yang berkaitan dengan agama. Kenyataannya seumpama orang yang tidak ada agama bila ia mengaitkan pertukaran agama salah seorang pasangan bukan penyebab kepada terputusnya hubungan perkahwinan. Ini seolah-olah seorang suami yang memeluk Islam masih boleh menjadi pasangan kepada isterinya yang tidak Islam.

Apabila pemimpin DAP membaca al Quran dalam ceramah, UMNO dan para ulamanya menyifatkan perbuatan itu menghina dan mempersenda Islam. Tetapi apabila persoalan yang berkaitan dengan aqedah dan masa depan umat Islam diserahkan kepada Menteri yang bukan Islam sebagai pengerusinya manakala Menteri yang jaga hal ehwal agama hanya sebagai ahli jawatankuasa sahaja yang turut bersetuju dengan keputusan ini. Ketika ini di mana suara-suara ulama UMNO dan para mufti yang lain. Mengapa mereka tidak membantah sebagaimana mereka membantah Nga Khor Ming membaca al Quran ?.

Orang Melayu dan Islam kononnya cukup sensitif terhadap isu derhaka kepada Raja-raja Melayu, isu yang berkaitan dengan tanah orang Melayu dan sebagainya. Walhal apa sebenarnya dalam isu derhaka dan tanah orang Melayu hanyalah isu yang sengaja direka dan dibesar-besarkan oleh media dan pemimpin UMNO BN supaya orang Melayu marah. Tetapi bila berlaku isu berkaitan dengan hak penjagaan anak dan pemeliharan agama, tidak ada suara-suara UMNO dan para ulamanya selantang mereka menuduh Hj Nizar derhaka dan gadai tanah orang Melayu.

Najib dan kabinet baru yang dibentuk ternyata tidak boleh diharap untuk mempertahankan dan memelihara kesucian dan kemurnian Islam. Mereka lebih tunduk kepada kemahuan tuntutan parti-parti komponannya dan sanggup mempertaruh dan menggadaikan maruah dan kesucian Islam itu sendiri. 

Tiada ulasan: