Zaili Muhammad | |
MELAKA, 8 Julai (Hrkh) - Hampa dengan pemimpin atasan Umno Negeri Melaka yang tidak mengendahkan langsung bantahan penduduk kampung berkenaan pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti orang Melayu menyebabkan 80 ahli Umno Cawangan Pondok Kempas mengistiharkan keluar parti sebagai tanda protes, di sini, baru-baru ini. Menurut Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Pondok Kempas, Kalsom Rejab, bahawa mereka semua berasa kecewa disebabkan tiada seorang pun pemimpin negeri turun padang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sejak Mei lalu. "Sebelum ini dua kali sudah kami mengadakan bantahan namun tiada seorang pun wakil rakyat atau pegawai yang terlibat berjumpa dengan bagi membincangkan permasalahan yang timbul agar dapat dicari jalan penyelesaiannya. "Sebaliknya kami ditohmah dengan pelbagai tuduhan seperti melabelkan kami telah menyertai Pakatan Rakyat dan sebagainya serta pelbagai ugutan untuk menarik balik bantuan kerajaan atau akan ditangkap polis," katanya. Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa Umno di peringkat cawangan, bahagian dan juga negeri tiada berkemampuan mempertahankan dan membela nasib rakyat bawahan khususnya di kampung. Tambah Kalsom, apa yang berlaku ini amat bercanggah sekali dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan selama ini. "Sepatutnya kami tidak diugut atau penghinaan sedemikian rupa tetapi duduk bersama berbincang bagi menyhelesaikan permasalahan tersebut. "Kami adalah merupakan pengundi setia Umno di mana pada setiap pilihan raya Umno pasti berjaya memenangi kawasan ini yang merupakan kubu kuat Umno sejak dulu," ujarnya. Tambahnya,pelbagai tindakan telah dilakukan oleh penduduk kampung yang terlibat kerana membantah pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti penduduk Melayu itu seperti mengadakan demonstrasi bantahan, menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Jasin dan Ketua Menteri Melaka, namun ianya tetap diteruskan dan ini mengundang rasa tidak puas-hati di kalangan masyarakat setempat. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
80 ahli Umno cawangan Pondok Kempas keluar parti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan