Zuharman MN | |
KUALA KRAI (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim sehingga kini belum lagi menentukan sama ada menyertai pilihan raya umum akan datang selepas meninggalkan Umno. "Saya belum lagi memikirkan perkara itu dan terserah kepada pimpinan untuk menentukan masa depan dalam politik setelah menyertai KeADILan. "Saya tidak kisah sangat mengenai perkara itu, sama ada bertanding di Kota Bharu atau Kuala Lumpur ia belum menjadi perhitungan. Namun saya lebih selesa di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di sini. Sebelum ini kedengaran desus desas mengatakan beliau bakal bertanding di Parlimen Tun Razak bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bakal mengosongkan kerusi tersebut. Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu dan menganggap ia sengaja ditimbulkan pihak tertentu. Pada pilihan raya umum 2004 beliau menang di kerusi Parlimen Kota Bharu menewaskan calon KeADIlan, Nik Mahmood Nik Hassan. Bagaimana pun pada pilihan raya lepas kerusi Kota Bharu diwakili Dato'Fatmi Che Salleh yang tewas kepada Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dari PAS. Sementara itu pada ceramah di Lela Jasa malam kelmarin, Zaid menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak supaya berterus terang kepada rakyat berkaitan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri. Katanya kerajaan mendakwa royalti yang tertunggak sejak 2004 dianggarkan berjumlah RM1 bilion. "Perdana Menteri harus tampil dengan penuh rasa bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat berhubung isu tersebut. "Selain itu banyak lain yang perlu dijelaskan termasuk kontroversi pembelian kapal selam dan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu," katanya. Beliau juga menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang merendah-rendahkan karektor calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah kerana tidak mempunyai latar belakang akademik tinggi. Beliau berkata, prinsip Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan BN dalam memilih calon yang mengutamakan kualiti penampilan dari kepelbagaian sudut selaras dengan kehendak rakyat. "Pengajian tinggi tidak penting. Yang penting ialah pengalaman, sebab pengalaman tidak akan didapati walau mengaji setinggi mana pun. Kerajaan di zaman Rasulullah dulu pun tidak terbentuk daripada individu yang berpendidikan di peringkat universiti," katanya. Zaid yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu yakin rakyat Manek Urai memerlukan calon yang benar-benar bertanggungjawab dan tidak semestinya mempunyai pendidikan tinggi. Ceramah tersebut turut dihadiri Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai ini, Abe Uji merupakan seorang pemborong ikan di Pasar Kala Krai akan ditentang Tuan Aziz Tuan Mat, bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar. Salahuddin pula memberitahu beliau akan terus memperjuangkan nasib rakyat bersama ahli parlimen Pakatan ekoran kenaikan polisi insurans kenderaan yang berusia lebih 10 tahun. "Satu Malaysia, rakyat diutamakan hanya slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat. Mana realiti slogan itu, belum pun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak," ujarnya. Kenaikan insurans kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Manek Urai: Zaid Ibrahim pilih Kuala Lumpur lokasi baru politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan