Sepanjang yang dapat diduga PAS akan menguasai kerusi Manek Urai yang dijangka dipertandingkan pada 14 Julai ini,berikutan kematian ADUNnya. Namun UMNO-BN masih mempunyai peluang jika mereka bekerja keras dan menggunakan segala kekuasaan dan kelebihan yang ada sebagai parti pemerintah.
2.Pada PRU2004, kerusi itu di menangi oleh UMNO-BN dengan majoriti kecil. Sekali lagi pada kali ini, pengaruh Najib sebagai PM akan kelihatan dicabar. Adakah beliau mampu menawan Manek Urai atau sebaliknya. Kredibiliti beliau sebagai PM belum jelas kelihatan.Ini kerana ia diselaputi dengan perlabagi skandal. Akhbar meramalkan penerimaan Najib sebagai PM setakat ini hanya 65 peratus sahaja. Belum jelas adakah beliau berjaya sebagai PM atau sama sahaja seperti Abdullah, memenuhi ruang yang kosong yang ditinggalkan oleh PM sebelumnya.
3. Dasar 1Malaysia masih baru. Tetapi ia sudah lama berada dalam pemikiran orang-orang PAS, DAP dan PKR.Terdahulu, DAP mengemukakan konsep Malaysian Malaysia. Namun ia diketawakan oleh UMNO-BN. Kini UMNO-BN mmengemukakan dasar yang hampir sama. Semua orang mahukan perpaduan, tetapi apakah yang menjadi asas kepada perpaduan itu? Sehingga ini tidak nampak dasar yang mendahulukan rakyat yang menjadi salah satu cogankata 1Malaysia. Yang hidup senang adalah kroni,rakan taulan dan sahabat handai. Anak-anak PM samada dahulu dan sekarang semuanya kaya-raya, kerana bapa mereka PM. Bahkan ada yang tersenarai sebagai jutawan. Bolehkah mereka menjadi jutawan jika bapa mereka bukan PM?
4.Agihan kekayaan akan tetap berada di tangan pemegang kuasa dan orang-orang yang di sekitarnya. Jika rakyat marhaen ingin menjadi kaya mereka terpaksa bertungkus-lumus mengumpul wang dan harta benda,namun belum tentu menjadi kaya. Dalam sistem kapitalis, orang miskin tetap wujud dan sengaja diwujudkan, supaya mereka bekerja untuk mengkayakan golongan kaum pemodal. Dengan demikian kemiskinan tetap akan wujud selagi sistem kapitalis diguna pakai dalam mengurus ekonomi negara.
5.Kita memerlukan satu sistem lain yang lebih adil dan telus, agar semua rakyat berpuas hati dengan agihan ekonomi negara ini. Mungkin bauran dari sistem kapitalis dan sosialis tidak sesuai diamalkan lagi ketika ini. PRK Manik Urai mungkin dapat memberikan jawaban apakah pilihan yang rakyat mahu. Ternyata sistem yang sedang berjalan gagal memuaskan hati banyak pihak. Suara rakyat, suara keramat, tunjukkanlah kuasamu di Manek Urai.
AlKundangi,
http://alkundangi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan