-malaysiakini-
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Keluarga Mohan beri penghormatan terakhir
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membenarkan keluarga Mohan Singh untuk memberi penghormatan terakhir sebelum allahyarham dikebumikan secara Islam. MAIS menuntut mayat Mohan kerana menurutnya pengarah seni itu telah memeluk Islam pada 1992. Mohan, 41, meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada 25 Mei lalu. Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga Mohan Singh untuk menuntut mayat pengarah seni bebas itu dari Hospital Sungai Buloh. Van yang membawa jenazah Mohan tiba di rumah keluarganya di Taman Selayang Jaya pada kira-kira jam 6 petang tadi. Keluarganya memberi penghormatan sehingga jam 7 malam. Para wartawan yang membuat liputan di situ tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Patuh prosedur Sementara itu, pegawai perhubungan awam MAIS, Rohana Hassan berkata jenazah Mohan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Selasih, dekat Batu Muda, Batu Caves jam 9.25 malam ini. Menurutnya, jenayah tersebut disembahyang di Masjid Amaniah, Batu Caves selepas perhormatan terakhir dibuat oleh keluarganya. Rohana berkata, sebelum ini, pihaknya dimaklumkan oleh pihak Hospital Sungai Buloh bahawa Mohan adalah seorang pesakit beragama Islam. Ekoran itu, katanya, pegawai MAIS dihantar ke hospital tersebut untuk mendapatkan dokumen yang menunjukkan Mohan telah memeluk Islam. Lepas itu, katanya, MAIS menemui keluarga Mohan untuk mengesahkan perkara itu, tetapi keluarganya berkata mereka tidak tahu. "Kita menghubungi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana Mohan memeluk Islam di negeri tersebut," katanya. MAIPP, tegas Rohana, mengesahkan bahawa Mohan memeluk Islam di negeri itu. Sementara itu, beliau berkata, MAIS memberi peluang kepada keluarga Mohan untuk memberi penghormatan terakhir, petang ini. "Kita lambat menghantar jenazah ke sini kerana kita dapat perintah keluar jenazah lambat dari pihak hospital kerana pihak hospital mahu menyelesaikan urusan pentadbirannya," katanya. Di samping itu, kata Rohana, MAIS juga terpaksa membuat laporan polis, dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. "Saya difahamkan keluarganya telah membuat rayuan tapi itu satu perkara yang lain," tambahnya. Menurut Rohana lagi, sebelum ini, keluarga Mohan datang ke Hospital Sungai Buloh. "Kita mengadakan perbincangan dan memberi penjelasan kepada keluarganya dan keluarganya kata, mereka boleh menerimanya. "Kita sudah banyak kes seperti ini di mana kita memberi peluang kepada pihak keluarga untuk membuat penghormatan terakhir," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan