"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Manohara Dan Tengku TT: Tengku TT tuntut hutang hampir RM1 juta dari Manohara

Kota Bharu,Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohd Fakhry Petra hari ini memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk memaksa isternya, Manohara pulang kepadanya.

manohara and tengkuTengku Mohd Fakhry juga menuntut supaya model Indonesia itu membayar balik hampir RM1 juta pinjaman yang diberikannya kepada Manohara ketika perkahwinan mereka.

Permohonan itu difailkan oleh peguamnya, Zainur Rijal Abu Bakar hari ini.

Tengku Mohd Fakhry juga mendapat kebenaran mahkamah untuk menyerahkan permohonan itu di luar bidangkuasanya kerana Manohara kini berada di Indonesia.

Perkara itu akan disebut di mahkamah berkenaan 2 Ogos depan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: