"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRK DUN Pmtg Pasir: Intergrasikan jentera 3 parti Pakatan - Lim Guan Eng

oleh: Dzulfikar Mashoor
ImagePERMATANG PAUH, 16 Ogos: Semasa melancarkan jentera DAP di Permatang Pasir semalam, Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu semua parti komponen Pakatan bersatu berkempen habis habisan memenangkan calon PAS, Ustaz Salleh Man.

Ini kerana kemenangan Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Permatang Pasir sangat penting bagi ketiga-tiga parti Pakatan samaada PAS, PKR atau DAP.

Selain untuk mengekalkan survival politik parti masing masing, keputusan pilihanraya Permatang Pasir ini juga penting kerana ianya bakal mencerminkan sejauh mana keutuhan dan muafakat yang terjalin antara ketiga tiga parti Pakatan setelah cuba dirobek dengan pelbagai cara oleh Umno Barisan Nasional.

Melihat kepada kesan besar itu, Lim Guan Eng mengharapkan pilihanraya kecil ini adalah medan pembuktian muafakat kesemua parti pakatan dengan menggunakan pendekatan mengintegrasikan kesemua jentera parti.

"Kita akan cuba integrasikan gerak kerja masing-masing di sini. Kita pernah guna strategi �integrasi kempen� semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding; semasa Dr. Mansor Othman bertanding; dan sekarang kita perkasakan sekali lagi untuk calon kita, Salleh Man," ujarnya semalam.

Kesemua komponen parti Pakatan katanya mempunyai kelebihan masing-masing dan jika ianya digunakan secara strategik, ia mampu membuahkan kejayaan yang lebih besar dari apa yang pernah dicapai.

Image"Kita akan buat bersama dan juga mengikut aktiviti parti-parti. Kita perlu faham bahawa ada beberapa kerja-kerja perlu dilakukan bersama dan mengikut parti secara fleksibel," tambahnya lagi

Sementara itu Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Pulau Pinang berkata pendekatan kempen DAP pada Pilihanraya Umum yang lalu serta beberapa pilihanraya kecil di negeri itu akan digunakan sepenuhnya.

Namun jelasnya, skuad pemantau isu yang ditubuhkan DAP akan mengkaji kesesuaian pendekatan baru yang akan diambil supaya selaras dengan pendekatan kempen PAS dan realiti pengundi setempat.

Petang ini juga, akan berlangsung pelancaran jentera pemuda Pakatan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik gerakan AMK di sini. Ianya akan disusuli dengan satu ceramah perdana malam ini yang akan turut disertai Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang.

Tiada ulasan: