"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Kerajaan Pakatan Kedah sudah 500 hari terbina

Wartawan Harakahdaily
ALOR SETAR, 16 Ogos: Semalam cukup 500 hari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mentadbir negeri Kedah dan bagi meraikannya, satu perhimpunnan besar-besaran telah diadakan di Kompleks PAS Kedah, dekat Gurun malam tadi.

Kira-kira 20,000 penyokong kerajaan negeri telah berhimpun malam tadi bagi meraikannya di dalam majlis ceramah yang disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifudin Nasuition Ismail memberikan ucapan pada majlis yang penuh sejarah itu.

Azizan ketika berucap mengumumkan beberapa perkara penting kepada rakyat Kedah. Antaranya, soal pemilikan tanah yang sangat diminati oleh rakyat.

"Mulai sekarang, kerajaan akan memproses permohonan pemilikan tanah terhadap mereka yang meneroka tanah kerajaan selepas lima tahun bukan lagi selepas 10 tahun sebagaimana sebelum ini," umum Azizan.

ImagePemerosesan ini akan diuruskan jika mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, kata Azizan (gambar).

Kerajaan negeri juga, kata Azizan, akan menimbangkan permohonan penduduk jenerasi kedua kampung-kampung baru untuk mendapatkan geran ke atas tapak rumah kediaman mereka.

Dalam ucapannya, Azizan memberikan jaminan tidak akan mempertahankan mana-mana exco, wakil rakyat atau pemimpin kerajaan negeri yang terlibat dengan rasuah.

Azizan bertegas akan memastikan rekod kerajaan negeri Kedah pimpinannya terus bebas dari sebarang anasir rasuah.

Dalam tempoh 500 hari, pelbagai pancaroba dihadapi oleh kerajaan negeri Kedah namun ia berjaya dilalui dengan baik oleh beliau dan rakan-rakannya.

Isu tidak puashati pemimpin DAP Kedah terhadap perobohan pusat memproses daging babi berjaya diselesaikan oleh Azizan dan rakan-rakannya dengan baik.

Image(Anggota Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bergambar di atas tapak Sulihh bersama isteri dan pemimpin Muslimat PAS kawasan Jerai yang melawat tapak itu baru-baru ini,)

Kedah juga sedang dalam proses untuk menerima projek besar iaitu Sungai Limau Hidrocarbon Hub (Sulihh) di Yan yang bakal dirasmikan upacara pecah tanahnya oleh Tuanku Sultan Kedah 29 September ini.

Projek ini dijangka menyelesaikan banyak masalah ekonomi Kedah kerana kerajaan negeri akan mendapat royaltu sehingga RM400 juta setahun melalui projek ini apabila berjalan kelak.

Tiada ulasan: