Hazayani Zakaria | |
BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos: Pernahkan anda terbayang sebelum ini, pemimpin bukan Islam dari kaum Cina dan India juga menyertai majlis berbuka puasa yang menjadi ibadat orang Islam? Mungkin ada yang akan menghukumnya haram dan menghina agama Islam sebagaimana yang dihalakan kepada Setiausaha DAP Perak apabila Nga Koo Meng membaca ayat-ayat al Quran. Namun, dalam Pakatan Rakyat ia tidak menjadi masalah. Bagi PAS pula ia adalah pendekatan dakwah untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam, para pemimpin Pakatan dari pelbagai bangsa dan agama berkumpul untuk majlis berbuka puasa. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS, Ustaz Salleh Man, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah bersama-sama meraikan anak-anak yatim dan fakir miskin di situ berbuka puasa. Turut serta adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution Ismail. Bagi mereka, majlis ini membuktikan kekuatan hubungan dan kerjasama yang erat di antara ketiga-tiga parti-PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hubungan erat ini dapat dilihat apabila jentera PKR dan DAP turut bertungkus lumus membantu kempen untuk calon PAS, Ustaz Salleh Man sekaligus menafikan dakwaan Umno BN bahawa Pakatan semakin berpecah. Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno sengaja menimbulkan isu tersebut akibat cemburu dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang mengamalkan rundingan dan perbincangan dalam menghadapi apa jua isu termasuk serangan terhadap mereka. Anwar ketika berucap di majlis itu berkata, Umno sering memandang serong apabila Pakatan saling memberikan sokongan antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang dilakukan walaupun berbeza pegangan agama. Ujarnya, sikap terbuka yang diamalkan pimpinan Pakatan Rakyat menjadikan masyarakat bukan Islam sekarang ini sudah tidak kekok untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan orang Islam walaupun berbeza pegangan agama. Contohnya majlis berbuka puasa ini sendiri yang turut dihadiri oleh pimpinan bukan ISlam, katanya. Anwar dalam ucapannya juga mengingatkan ketiga-tiga parti agar memperkukuh jentera pilihanraya masing-masing. Beliau turut berpesan kepada rakyat di Permatang Pasir agar memilih calon PAS, Ustaz Salleh Man yang disifatkannya sebagai calon terbaik untuk mewakili rakyat di kawasan itu dalam membela nasib mereka. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Guan Eng dan Sivarasa sertai majlis berbuka puasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan