"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Pilihan raya kecil Kota Seputeh? SPR umum minggu depan

BUKIT MERTAJAM: Status sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh di Kedah akan menyaksikan pilihan raya kecil - yang kesembilan sejak Mac 2008 akan diketahui minggu depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bermesyuarat minggu depan.

"Mungkin depan kita akan mengumumkan," kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini semalam.

Kata beliau, soal sama ada ia perlu diisytiharkan kosong ataupun sebaliknya sedang dikaji.

"Kita kaji dari semua sudut," kata beliau sambil menambah, biar pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berakhir dulu.

Beliau diminta mengulas perkembangan isu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.

Awal minggu lalu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.

-mstar.com.my-

Tiada ulasan: